Kelemahan
Namun begitu, setiap perkara pasti ada baik dan buruknya misalnya alat berfikir ini juga
terdapat keburukan terhadap proses pembelajaran, antaranya ialah sukar
difahami. Hal ini kerana, kebiasaannya alat berfikir ini ringkas dan kaedah yang
menggunakan singkatan. Di samping itu, alat berfikir tiada huraian yang jelas
disebabkan penulisan yang hanya dalam bentuk singkatan. Selain itu, kata kunci
tidak sesuai mengakibatkan sukar untuk diingati. Dalam pada itu, dapat
mewujudkan perasaan malas dalam diri pelajar seperti saya untuk membaca bahan
rujukan lain dan pembacaan hanya tertumpu pada nota yang mengandungi alat
berfikir sahaja. Oleh itu, ianya mampu mengecilkan skop pembacaan dan ilmu
pengetahuan. Akhir sekali, peta minda ini terlalu panjang dan kompleks. Hal ini
kerana, kaedah ini berserabut dan berselerak yang mampu merumitkan kerana ianya
memerlukan dan terikat dengan format yang tertentu.
Comments
Post a Comment